Selamat datang ke MiMUC Production House....

Wednesday, January 12, 2011

Pengenalan DSLR sikit..

Kamera DSLR bermaksud Digital Single Lens Reflex. Kamera ini banyak digunakan sekarang kerana ia merupakan trend, dan harganya mampu dimiliki oleh ramai peminat fotografi.  
Kamera DSLR mempunyai Lensa yang boleh ditukar ganti dan apa-apa komposisi yang dibuat didalam viewfinder akan dirakam didalam sensor setelah menekan butang shutter.

Kamera DSLR mempunyai saiz sensor yang lebih besar dari kamera kompak (atau kekadang disebut sebagai PNS-Point & Shoot). 
Ingat! pemilihan kamera SLR bukan dipengaruhi oleh MegaPixel tetapi sebaliknya lihatlah pada saiz sensor.
Saiz sensor yang besar membolehkan gambar dirakam dengan resolusi yang lagi tinggi.

Kamera DSLR membolehkan seseorang jurugambar tersebut mengawal focus, ISO, shutter speed dan aperture secara manual. Bukan semua mode Auto yang ada didalam kamera DSLR dan PNS akan menyelesaikan masalah, sebaliknya masalah-masalah ini harus ditangani dengan cara manual.
Pengguna DSLR yang sudah mahir mengendalikan kamera, sudah boleh membaca situasi sebelum memetik shutter, dan mereka tidak berasa kekok kerana tahu dimana kedudukan kawalan tersebut berada. 


Kamera mempunyai 3 kawalan utama iaitu:
1. Focusing Ring
2. Shutter Speed
3. Aperture

Apa itu Focusing Ring, Shutter Speed dan Aperture?


Focusing Ring bertujuan untuk memfokuskan subjek. Subject di dalam focus akan kelihatan jelas dan boleh menjadi subject utama.

Shutter Speed pula bertujuan mengawal kemasukan cahaya (atau dikenali sebagai dedahan atau Exposure) melalui tempoh masa. Ia akan membuka shutter mengikut kadar kelajuan yang disetting pada kamera.

Aperture pula bukaan cahaya dari lensa yang mengawal kemasukkan cahaya mengikut diameter yang tertentu.

Kedua-dua kawalan ini Shutter dan Aperture berkait di antara satu sama lain. Sekiranya shutter speed perlahan digunakan, cahaya yang masuk mungkin agak berlebihan. Ianya boleh dikawal dengan membuat bukaan kecil pada aperture untuk mengimbanginya.
Jika shutter speed laju digunakan, maka cahaya yang masuk akan berkurangan, oleh yang demikian, bukaan cahaya yang luas diperlukan untuk mengimbangi cahaya yang masuk.



No comments:

Post a Comment